Aku bekerja di syarikat milik abang ku selama 4 tahun. Bermula dari
bawah sebagai seorang ‘Client Servicing Executive’ dengan bayaran gaji sebanyak
RM 1,200. Aku ditempatkan di bawah jagaan seorang client servicing director
yang berkelulusan degree dari UiTM dalam jurusan mass comm. Setiap hari adalah
pelajaran baru bagi mengumpul sebanyak mungkin pengalaman pengurusan client
(pelanggan syarikat). Seperti juga ketika belajar, ketika bekerja juga aku
memang serius. Setiap kelemahan yang ada pada diri, aku akui. Setiap kesilapan
aku perbaiki. Sehinggakan director tu sungguh gembira dengan semua kerja yang
diberikan kepada ku. Ketika aku menulis coretan ini, director yang aku
maksudkan kini sedang bertugas sebagai salah seorang orang penting di Petronas.
Beliau kini adalah peneraju department mass comm di syarikat minyak itu.
![]() |
| Khusyuk betul! |
Dalam bahasa pengiklanan ‘client’ itu merujuk kepada pelanggan-pelanggan
syarikat yang juga disebut sebagai ‘account’. Istilah ‘account’ dan ‘accounts’
adalah dua istilah berbeza. Jika ‘accounts’ ianya merujuk kepada akaun-akaun kunci
kira-kira seseorang kerani perakaunan. Istilah ‘Account’ pula merujuk kepada
client atau pelanggan untuk sesebuah syarikat yang menjual perkhidmatan seperti
perkhidmatan khidmat nasihat iklan dan pembuatan iklan seperti kami.
Suasana bekerja di sebuah syarikat pengiklanan sungguh teruja.
Jauh dari hanya membaca buku fakta dan case, aku kini terdedah dengan suasana
kerja yang lebih interaktif dan berkumpulan. Pada ketika ini lah, aku telah
mengasah kemahiran berkomunikasi. Aku dapat berkomunikasi dengan rakan sekerja
dan client dari pelbagai peringkat jawatan. Pada mulannya, memanglah gugup.
Namun selepas beberapa tahun bercakap, berjumpa atau perlu membuat persembahan
grafik kepada mereka, alhamdullilah aku mahir melaksanakannya.
![]() |
| Meja kerja. |



No comments:
Post a Comment