Setelah tamat A level Law pada tahun 1998, dengan 2 principle
dalam English Law dan Business studies, aku mengorak langkah untuk memasuki ke
tahun 1 external program University of London, peringkat ijazah pertama dan
jurusan perundangan. Bonda waktu itu amat teruja dengan pencapaian akademik
aku. Dia beria-ia menggalakkan aku untuk menjadi seorang peguam di masa
hadapan. Namun, bonda tidak dapat menampung yuran pengajian yang agak tinggi.
Oleh sebab itu, aku terpaksa mencari pekerjaan sambilan di sebelah petang
selepas ke kuliah di sebelah pagi.
Aku begitu minat dengan pengajian ku.
Rata-rata pelajar bergelumang dengan nota dan case-case undang-undang reference
UK, practically we read English law and constitution. Aku ada ramai kawan
jugak. Rata-rata berbangsa india. Mereka ni memang cekap dengan segala prinsip
perundangan, statutory dan segala reference dan cases. Mahu tak mahu aku
terikut-ikut dengan cara mereka belajar. Time breakfast pun membaca, time tea
break pun membaca, berborak tentang cases, time dalam toilet pun discuss jugak.
Tak habis-habis. Mungkin sebab waktu tu semua budak-budak lagi... freshiee la
katakan. So, pk lain takder.. yang dok fk beli buku, photostate notes.
Sehinggalah pada suatu ketika, focus pada pelajaran telah hilang.
Aku sibuk bekerja. Di tambah pula pada waktu itu aku bekerja di syarikat milik
abang long (abang sulung ku). Dia baru memulakan perniagaan dalam bidang
pengiklanan dan memerlukan pekerja untuk membantunya. Dia mempelawa aku untuk
turut membantunya. Aku tertarik dengan pakej gaji yang ditawarkan. Walaupun
pada hakikatnya tidak seberapa (pada waktu itu banyak juga lah) jadi aku tidak
perlu lagi buat dua tiga kerja unuk bayar yuran.
Lama kelamaan aku ‘tuang’ kelas. Akhirnya aku mengambil keputusan
pada tahun 2000 untuk tidak meneruskan pengajian. Walaupun begitu, aku memasang
niat dan cita-cita yang suatu hari nanti aku akan dapat menyambungnya kembali
dan pada ketika itu aku akan penuh ‘ready’.
Rakan sekelas semua terperanjat dan mereka tidak dapat memujuk ku untuk
meneruskan pengajian. Aku sudah membulatkan hati untuk mula bekerja pada usia 21
tahun.
Bonda tidak pula marah dan tidak juga menggalak aku mula kerja
pada umur yang terlalu awal. Sepatutnya aku habiskan dulu pelajaranku. Tetapi
aku tidak dapat menumpukan perhatian. Aku bekerja sepenuh tenaga, aku belajar
juga memerlukan sepenuh tenaga. Oleh itu, pada waktu itu keputusan yang tidak
berapa matang telah aku ambil kerana pada fikiranku aku perluk bekerja agar aku
lebih berdikari.
No comments:
Post a Comment