Thursday, 25 December 2014

Sijil HALAL

As salam,

Cabaran seterusnya untuk produk BONDA ini adalah untuk mendapatkan pensijilan halal. Walaupun pada ketika ini, produk Bonda telah pun menggunakan tagline "Produk Bumiputera-Muslim", ianya masih lagi tidak cukup untuk membawa produk Bonda ke satu tahap yang lebih diyakini.

Sebagai perkongsian

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Rempah SOTO BONDA

Lagi satu keluaran bermutu Bonda adalah rempah soto. Rempah soto pada hakikatnya merupakan rempah sup bunjut yang telah diramukan dengan sedikit penambahan salah satu rempah pada kuantiti yang lebih berbanding rempah lain. Namun rempah sup bukanlah rempah soto. Rempah soto juga bukanlah rempah untuk masakan BOKSO. Kebanyakan orang selangor suka makan BOKSO. Ada juga pekedai yang bertanyakan kepada saya samaada rempah soto adalah remaph soto? Sebenarnya tidak.

Taucu BONDA

Ini entry kali ini, aku akan bercerita tentang pembuatan TAUCU Bonda. Tapi sebelum tu, pernah tak makan taucu atau masak menggunakan taucu? Ini kerana ada yang tidak gemarkan taucu kerana ianya berasa masin dan kadang kala bau soya yang tidak menyenangkan. Taucu merupakan bahan masakan dalam masyarakat kita yang tidak asing lagi. Masakan yang paling dikenali dengan bahan ini adalah seperti Ikan Goreng Masak Taucu.

Ikan Goreng Masak Taucu

Taucu merupakan kacang soya yang diproses melalui beberapa peringkat pembuatan yang agak rumit dan perlukan ketelitian serta keperluan kebersihan persekitaran yang tinggi. Ianya berasal dari kacang soya yang direndam untuk beberapa ketika sebelum dibasuh dan diasingkan bahagian kulitnya. Kemudian kacang soyang ini perlu direbus (dimasak) untuk beberapa jam lamanya bagi melembutkan kacang sekaligus menghasilkan air rebusan kacang yang boleh dijadikan sos. Tahukan kita, kacang soya yang dimasak untuk beberapa akan menghasilkan warna seakan-akan warna gelap keperang-perangan?

Di tahap ini, pelbagai warna atau bahan awet makanan yang dibenarkan perlu dicampurkan agar produk yang bakal dihasilkan lebih tahan lama dan mempunyai tekstur serta bau yang menarik. Setelah itu perlu dimasakkan lagi seketika. Taucu yang siap dimasak akan berasa agak masin serta pekat. Keadaan ini adalah keadaan yang sebenar untuk taucu. Tahap masin yang terdapat pada taucu menjadikan taucu lebih tahan lama dan garam merupakan antara bahan awet yang tidak asing lagi. 

TAUCU keluaran Bonda lebih bertekstur kacang soya yang masih lagi cantik (kacang tidak pecah) dan inovasi ini telah memberi kepuasan yang sebenar kepada peminat masakan berasaskan taucu. 

Rempah Sup BONDA

Rempah sup sinonim untuk masakan sup melayu dan india. Namun, apa yang membezakan rasa sup melayu dan sup kaum india adalah ramuan rempah yang diramuankan dalam campuran rempah ratusnya. Sebagai contoh rempah sup india lebih mengutamakan rasa jintan yang lebih. Manakala sup ramuan masakan melayu pula suka kepada rasa ketumbar yang wangi. Kedua-dua rasa sering  bertindih, kadang kala masyarakat melayu suka kepada  rempah sup cara ramuan masakan kaum india. Ada juga kaum india yang suka cara masakan melayu. Itulah tradisi, masyarakat Malaysia yang telah lama sebati walaupun berlainan warna kulit dan budaya, namun kita telah saling suka menyukai masakan tradisi kaum masing-masing.

Rempah Sup BONDA diramukan secara tradisional dengan nisbah rempah ratus yang telah diadun sendiri oleh bonda. Nisbah adunan ini aku sebutkan disini sebagai rahsia resepi kami. Tidak mudah untuk mengadunkan campuran rempah. Sekiranya nisbahnya terlebih, ramuan akan menjadi pahit dan kelat. Sekiranya terkurang, rasa yang akan terhasil akan tawar da tiada rasa. Oleh itu, nisbah yang betul perlu diikuti agar rasa ramuan rempah sup BONDA akan terus kekal sama dan konsisten.

Tuesday, 16 December 2014

Kacang Tumbuk

Salah satu produk bermutu keluaran BONDA adalah kacang tumbuk. Kacang tumbuk merupakan kacang tanah yang telah diproses iaitu melalui proses traditional yang sinonim dengan penghasilan kacang tumbuk. Iaitu termasuklah proses membuang kulit kacang, menggoreng, dan menumbuk. Kacang tumbuh merupakan bahan masakan yang paling utama dalam masakan melayu seperti Kuah kacang sate, sos rojak, menyedap rasa minuman ABC dan juga boleh dijadikan bahan membuat kek dan biskut.

Dari pemerhatian bondaku, kacang tumbuk akan menjadi bahan masakan yang terkenal sekiranya kesedaran tentang kegunaannya diperluaskan lagi. Namun, begitu keperluan untuk mempatenkan nama kacang tumbuk itu sendiri perlu dilakukan dengan segera. Terdapat banyak kacang tumbuk dijual di pasar-pasar, namun anda hatrus berhati-hati tentang status halalnya. Kacang tumbuk keluaran BONDA adalah bersih, halal dan suci dan yang pasti adalah keluaran bumiputera-muslim.

Proses penghasilan kacang tumbuk BONDA dihasilkan secara tradisional. Masih mengekalkan proses yang hampir sama cara penyediaan untuk hidangan sendiri di rumah. Proses paling utama dalam proses penghasilan kacang tumbuk BONDA ialah memilih kacang yang bersih dan cantik. Kacang tanah merupakan bahan asal dan selalunya dibungkus secara pukal dalam guni. Setiap guni kacang akan ditampi terlebih dahulu bagi mengasingkan batu dan kacang yang telah buruk keadaannnya.

Setelah itu, barulah kacang tadi digoreng dalam minyak panas sehingga masak. Proses mengoreng ini adalah merupakan proses pengawetan bahan mentah agar kacang tumbuk yang dihasilkan nanti mampu bertahan lama dan tidak mudah berkulat. Selain ianya digoreng, kacang tanah juga melalui proses pemanasan dalam ketuhar. Namun ketika ini BONDA masih belum mampu memiliki ketuhar besar yang mampu menyahkan segala bakteria yang terdapat pada kacang tanah dan sekaligus dapat memasaknya. Setelah digoreng, kacang tanah tadi akan diangkat dan ditoskan. Selalunya akan dibiarkan bertutup semalaman. Keesokkannya barulah kacang tanah ini akan dikisar. Kacang tumbuk merupakan produk utama dan sememangnya menjadikan kebanggaan bondaku sejak dari mula penghasilannya.


Kacang tumbuk BONDA yang telah siap diproses.

Kacang tanah yang datang dalam bentuk pukal. 




































































Saturday, 13 December 2014

KHIDMAT NASIHAT MARDI


Last week sempat juga ke MARDI untuk mendapatkan penerangan tentang pembungkusan berkualiti produk BONDA. Memandangkan produk BONDA memerlukan identiti pembungkusan cara baru yang lebih inovatif, kini tugasan yang aku pikul untuk membawa produk BONDA lebih jauh memerlukan pengorbanan masa dan kebijaksanaan dari segi pengurusan dana.

Pusat Latihan MARDI yang bertempat di UPM, Serdang


Banner Program Latihan Agropreneur Muda MARDI




Aku telah diperkenalkan dengan beberapa pegawai MARDI. Semuanya dari bahagian teknologi pembungkusan makanan. Pada pendapat mereka, produk BONDA sudah pada tahap yang memberangsangkan dari segi pembuatan dan usaha yang telah berjaya diadakan setakat ini. Namun, perlu perubahan dari segi jenama, pembungkusan dan pengetahuan tentang teknologi pengawetan makanan. 
MARDI merupakan agensi dibawah Kementerian Industri.  Mereka berperanan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada para pengusaha industri kecil sederhana dan industri desa. Para usahawan IKS dan pengusaha industri kecil sederhana boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dari segi mengembangkan kuantiti dan kualiti pengeluaran.  Terdapat beberapa sesi latihan yang aku telah kenal pasti. Latihan yang aku perlu hadirkan diri bermula pada tahun hadapan (apabila sesi latihan umum dibuka kembali) ialah mengikuti latihan pengawetan makanan dan teknologi pembungkusan kedapan.
Aku sangat teruja dan pada ketika ini aku telah menyenarai beberapa perkara yang dianggap penting untuk aku lakukan seterusnya. Kunjungan ke MARDI telah aku anggap satu ekxposure kerja yang sangat berguna dan tidak akan dapat aku lupakan.