Tuesday, 16 December 2014

Kacang Tumbuk

Salah satu produk bermutu keluaran BONDA adalah kacang tumbuk. Kacang tumbuk merupakan kacang tanah yang telah diproses iaitu melalui proses traditional yang sinonim dengan penghasilan kacang tumbuk. Iaitu termasuklah proses membuang kulit kacang, menggoreng, dan menumbuk. Kacang tumbuh merupakan bahan masakan yang paling utama dalam masakan melayu seperti Kuah kacang sate, sos rojak, menyedap rasa minuman ABC dan juga boleh dijadikan bahan membuat kek dan biskut.

Dari pemerhatian bondaku, kacang tumbuk akan menjadi bahan masakan yang terkenal sekiranya kesedaran tentang kegunaannya diperluaskan lagi. Namun, begitu keperluan untuk mempatenkan nama kacang tumbuk itu sendiri perlu dilakukan dengan segera. Terdapat banyak kacang tumbuk dijual di pasar-pasar, namun anda hatrus berhati-hati tentang status halalnya. Kacang tumbuk keluaran BONDA adalah bersih, halal dan suci dan yang pasti adalah keluaran bumiputera-muslim.

Proses penghasilan kacang tumbuk BONDA dihasilkan secara tradisional. Masih mengekalkan proses yang hampir sama cara penyediaan untuk hidangan sendiri di rumah. Proses paling utama dalam proses penghasilan kacang tumbuk BONDA ialah memilih kacang yang bersih dan cantik. Kacang tanah merupakan bahan asal dan selalunya dibungkus secara pukal dalam guni. Setiap guni kacang akan ditampi terlebih dahulu bagi mengasingkan batu dan kacang yang telah buruk keadaannnya.

Setelah itu, barulah kacang tadi digoreng dalam minyak panas sehingga masak. Proses mengoreng ini adalah merupakan proses pengawetan bahan mentah agar kacang tumbuk yang dihasilkan nanti mampu bertahan lama dan tidak mudah berkulat. Selain ianya digoreng, kacang tanah juga melalui proses pemanasan dalam ketuhar. Namun ketika ini BONDA masih belum mampu memiliki ketuhar besar yang mampu menyahkan segala bakteria yang terdapat pada kacang tanah dan sekaligus dapat memasaknya. Setelah digoreng, kacang tanah tadi akan diangkat dan ditoskan. Selalunya akan dibiarkan bertutup semalaman. Keesokkannya barulah kacang tanah ini akan dikisar. Kacang tumbuk merupakan produk utama dan sememangnya menjadikan kebanggaan bondaku sejak dari mula penghasilannya.


Kacang tumbuk BONDA yang telah siap diproses.

Kacang tanah yang datang dalam bentuk pukal. 




































































No comments:

Post a Comment