Thursday, 25 December 2014

Sijil HALAL

As salam,

Cabaran seterusnya untuk produk BONDA ini adalah untuk mendapatkan pensijilan halal. Walaupun pada ketika ini, produk Bonda telah pun menggunakan tagline "Produk Bumiputera-Muslim", ianya masih lagi tidak cukup untuk membawa produk Bonda ke satu tahap yang lebih diyakini.

Sebagai perkongsian

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Rempah SOTO BONDA

Lagi satu keluaran bermutu Bonda adalah rempah soto. Rempah soto pada hakikatnya merupakan rempah sup bunjut yang telah diramukan dengan sedikit penambahan salah satu rempah pada kuantiti yang lebih berbanding rempah lain. Namun rempah sup bukanlah rempah soto. Rempah soto juga bukanlah rempah untuk masakan BOKSO. Kebanyakan orang selangor suka makan BOKSO. Ada juga pekedai yang bertanyakan kepada saya samaada rempah soto adalah remaph soto? Sebenarnya tidak.

Taucu BONDA

Ini entry kali ini, aku akan bercerita tentang pembuatan TAUCU Bonda. Tapi sebelum tu, pernah tak makan taucu atau masak menggunakan taucu? Ini kerana ada yang tidak gemarkan taucu kerana ianya berasa masin dan kadang kala bau soya yang tidak menyenangkan. Taucu merupakan bahan masakan dalam masyarakat kita yang tidak asing lagi. Masakan yang paling dikenali dengan bahan ini adalah seperti Ikan Goreng Masak Taucu.

Ikan Goreng Masak Taucu

Taucu merupakan kacang soya yang diproses melalui beberapa peringkat pembuatan yang agak rumit dan perlukan ketelitian serta keperluan kebersihan persekitaran yang tinggi. Ianya berasal dari kacang soya yang direndam untuk beberapa ketika sebelum dibasuh dan diasingkan bahagian kulitnya. Kemudian kacang soyang ini perlu direbus (dimasak) untuk beberapa jam lamanya bagi melembutkan kacang sekaligus menghasilkan air rebusan kacang yang boleh dijadikan sos. Tahukan kita, kacang soya yang dimasak untuk beberapa akan menghasilkan warna seakan-akan warna gelap keperang-perangan?

Di tahap ini, pelbagai warna atau bahan awet makanan yang dibenarkan perlu dicampurkan agar produk yang bakal dihasilkan lebih tahan lama dan mempunyai tekstur serta bau yang menarik. Setelah itu perlu dimasakkan lagi seketika. Taucu yang siap dimasak akan berasa agak masin serta pekat. Keadaan ini adalah keadaan yang sebenar untuk taucu. Tahap masin yang terdapat pada taucu menjadikan taucu lebih tahan lama dan garam merupakan antara bahan awet yang tidak asing lagi. 

TAUCU keluaran Bonda lebih bertekstur kacang soya yang masih lagi cantik (kacang tidak pecah) dan inovasi ini telah memberi kepuasan yang sebenar kepada peminat masakan berasaskan taucu. 

Rempah Sup BONDA

Rempah sup sinonim untuk masakan sup melayu dan india. Namun, apa yang membezakan rasa sup melayu dan sup kaum india adalah ramuan rempah yang diramuankan dalam campuran rempah ratusnya. Sebagai contoh rempah sup india lebih mengutamakan rasa jintan yang lebih. Manakala sup ramuan masakan melayu pula suka kepada rasa ketumbar yang wangi. Kedua-dua rasa sering  bertindih, kadang kala masyarakat melayu suka kepada  rempah sup cara ramuan masakan kaum india. Ada juga kaum india yang suka cara masakan melayu. Itulah tradisi, masyarakat Malaysia yang telah lama sebati walaupun berlainan warna kulit dan budaya, namun kita telah saling suka menyukai masakan tradisi kaum masing-masing.

Rempah Sup BONDA diramukan secara tradisional dengan nisbah rempah ratus yang telah diadun sendiri oleh bonda. Nisbah adunan ini aku sebutkan disini sebagai rahsia resepi kami. Tidak mudah untuk mengadunkan campuran rempah. Sekiranya nisbahnya terlebih, ramuan akan menjadi pahit dan kelat. Sekiranya terkurang, rasa yang akan terhasil akan tawar da tiada rasa. Oleh itu, nisbah yang betul perlu diikuti agar rasa ramuan rempah sup BONDA akan terus kekal sama dan konsisten.

Tuesday, 16 December 2014

Kacang Tumbuk

Salah satu produk bermutu keluaran BONDA adalah kacang tumbuk. Kacang tumbuk merupakan kacang tanah yang telah diproses iaitu melalui proses traditional yang sinonim dengan penghasilan kacang tumbuk. Iaitu termasuklah proses membuang kulit kacang, menggoreng, dan menumbuk. Kacang tumbuh merupakan bahan masakan yang paling utama dalam masakan melayu seperti Kuah kacang sate, sos rojak, menyedap rasa minuman ABC dan juga boleh dijadikan bahan membuat kek dan biskut.

Dari pemerhatian bondaku, kacang tumbuk akan menjadi bahan masakan yang terkenal sekiranya kesedaran tentang kegunaannya diperluaskan lagi. Namun, begitu keperluan untuk mempatenkan nama kacang tumbuk itu sendiri perlu dilakukan dengan segera. Terdapat banyak kacang tumbuk dijual di pasar-pasar, namun anda hatrus berhati-hati tentang status halalnya. Kacang tumbuk keluaran BONDA adalah bersih, halal dan suci dan yang pasti adalah keluaran bumiputera-muslim.

Proses penghasilan kacang tumbuk BONDA dihasilkan secara tradisional. Masih mengekalkan proses yang hampir sama cara penyediaan untuk hidangan sendiri di rumah. Proses paling utama dalam proses penghasilan kacang tumbuk BONDA ialah memilih kacang yang bersih dan cantik. Kacang tanah merupakan bahan asal dan selalunya dibungkus secara pukal dalam guni. Setiap guni kacang akan ditampi terlebih dahulu bagi mengasingkan batu dan kacang yang telah buruk keadaannnya.

Setelah itu, barulah kacang tadi digoreng dalam minyak panas sehingga masak. Proses mengoreng ini adalah merupakan proses pengawetan bahan mentah agar kacang tumbuk yang dihasilkan nanti mampu bertahan lama dan tidak mudah berkulat. Selain ianya digoreng, kacang tanah juga melalui proses pemanasan dalam ketuhar. Namun ketika ini BONDA masih belum mampu memiliki ketuhar besar yang mampu menyahkan segala bakteria yang terdapat pada kacang tanah dan sekaligus dapat memasaknya. Setelah digoreng, kacang tanah tadi akan diangkat dan ditoskan. Selalunya akan dibiarkan bertutup semalaman. Keesokkannya barulah kacang tanah ini akan dikisar. Kacang tumbuk merupakan produk utama dan sememangnya menjadikan kebanggaan bondaku sejak dari mula penghasilannya.


Kacang tumbuk BONDA yang telah siap diproses.

Kacang tanah yang datang dalam bentuk pukal. 




































































Saturday, 13 December 2014

KHIDMAT NASIHAT MARDI


Last week sempat juga ke MARDI untuk mendapatkan penerangan tentang pembungkusan berkualiti produk BONDA. Memandangkan produk BONDA memerlukan identiti pembungkusan cara baru yang lebih inovatif, kini tugasan yang aku pikul untuk membawa produk BONDA lebih jauh memerlukan pengorbanan masa dan kebijaksanaan dari segi pengurusan dana.

Pusat Latihan MARDI yang bertempat di UPM, Serdang


Banner Program Latihan Agropreneur Muda MARDI




Aku telah diperkenalkan dengan beberapa pegawai MARDI. Semuanya dari bahagian teknologi pembungkusan makanan. Pada pendapat mereka, produk BONDA sudah pada tahap yang memberangsangkan dari segi pembuatan dan usaha yang telah berjaya diadakan setakat ini. Namun, perlu perubahan dari segi jenama, pembungkusan dan pengetahuan tentang teknologi pengawetan makanan. 
MARDI merupakan agensi dibawah Kementerian Industri.  Mereka berperanan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada para pengusaha industri kecil sederhana dan industri desa. Para usahawan IKS dan pengusaha industri kecil sederhana boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dari segi mengembangkan kuantiti dan kualiti pengeluaran.  Terdapat beberapa sesi latihan yang aku telah kenal pasti. Latihan yang aku perlu hadirkan diri bermula pada tahun hadapan (apabila sesi latihan umum dibuka kembali) ialah mengikuti latihan pengawetan makanan dan teknologi pembungkusan kedapan.
Aku sangat teruja dan pada ketika ini aku telah menyenarai beberapa perkara yang dianggap penting untuk aku lakukan seterusnya. Kunjungan ke MARDI telah aku anggap satu ekxposure kerja yang sangat berguna dan tidak akan dapat aku lupakan.

Saturday, 15 November 2014

UMCced


UMCCED


Pembelajaran di UMCCED belangsung selama 2 tahun. Disebabkan kebanyakkan kami adalah mature students so lecture memang lenient. Kelas setiap hai Ahad aku manfaatkan sebaiknya. Aku tak pernah rasa sungguh bersemangat belajar pada preingkat umur sebegini. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang aku tanya. Terasa lectue macam tak comfotable dengan aku. Mula-mula tu, Nampak sepeti aku tak campur orang sangat. Tapi bukan ada apa-apa maksud lain, sebabnya tujuan buat begitu ialah kerana aku. Akulah yang ada masalah sendiri. Kalau terlalu sibuk mencari kawan kang aku takut hanyut dan sememangnya sekarang ni, tak da masa untuk sibuk mencari kawan.



Kawan kawan sekuliah yang bededikasi
Tapi aku sentiasa berdoa sementara aku berada di UM tu dulu aku inginkan rakan-rakan yang happy yang memahami. Yang sama-sama ingin maju. Dan yang paling penting tahu apa tujuan berada di sini. Proses pembelajaran berjalan lancar kerana suami banyak membantu dan memberi banyak kepecayaan.
Suasana belaja yang aku indui

Wednesday, 12 November 2014

Dokto Ila

Setelah anak ketiga aku genap 2 tahun. Aku menyatakan hasrat kepada suami untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan. Perancangan asalnya adalah sebagai menjamin jawatan yang disandang di Tesco pada ketika itu. Aku khuatir, walaupun dengan pengalaman kerja, tetapi tidak mempunyai apa-apa kelayakan akademik tentang bidang kerja ini, peluang untuk kenaikan pangkat tidak dapat diluluskan.

Dengan itu aku telah betekad untuk melanjutkan pelajaan di Univesity Malaya - pusat pengajian lanjutan dalam bidang Penguusan peniagaa (Business Management). Aku memasuki kuliah petama pata tahun 2011. Dengan berbekal pengalaman keja, aku becita-cita untuk mahu memastikan yang semua mata pelajaan yang akan aku ikuti, semuanya akan aku pastikan straight 'A'. Dalam hati tesirat juga peasaan takut kalau-kalau tekandas lagi buat kali yang ke tiga.. Ya, hanya motivasi diri yang tinggi dan imiginasi atau mimpi untuk berjaya sahaja yang mampu menjadikan aku lebih bersemangat dan sentiasa ingin kehadapan dalam pelajaran.


Kenangan Lama di UM

Pintu masuk ke kolej kediaman Ibnu Sina, UM


Suasa pembelajaran di UM memang indah. Aku suka kampusnya yang comel dan tasik yang tenang dengan suasana nyaman dan hijau. Pada hakikatnya, aku mempunyai cerita dan pengalaman melalui UM besama-sama dengan seoang sahabat karib ku benama Ila. (Al-Fatihah untuk Dr. Ila; Robiatul Nazila) kerana telah kembali ke rahmahtullah awal tahun 2014. Sekitar tahun 1997, waktu tu kami sama-sama nakal. Ila dengan kuliah medicnya di sixth college. Dulu kalau aku tak kerja dan tak ada kelas aku akan lepak kat bilik Ila di Sixth college. Takut jugak kalau kene tangkap dengan pak guard. Tapi kami jenis selamba je.

Kolej pengajian undang-undang taklah berapa jauh dari kolej 6th PPUM. So, bile aku tak ade kenderaan, aku menapak dari kolej ke dewan makan sixth college. Memang penat tapi tulah, masa tu mana ade merungut bagai. Ada suatu ketika, Ila hampir-hampir putus asa dengan course mediknya. Dia ada menyatakan hasat untuk tukar kursus. Aku sungguh teperanjat dan bemati-matian tak benarkan Ila berhenti dari kuliah medic. Hubungan persabahatan kami memang rapat sangat, sehinggakan kami masih lagi berhubung walaupun pada akhinya aku yang tuang kelas law. Semoga arwah ditempatkan besama-sama dengan mereka yang soleh. "Ila, sampai bila-bila pun saya tak akan lupa awak. Semoga Allah pertemukan kita di akhirat nanti dalam keadaan baik ye, Amin".











Thursday, 6 November 2014

Kenali Aku 3

Aku melihat ada keperluan untuk aku memajukan diri dalam bidang grafik dan pengiklanan. Juga pada masa yang sama aku ingin mencari kenalan baru disebabkan juga baru putus cinta. Hahahaha. Itulah niat melakukan sesuatu tu penting sebenarnya. Bergantung kepada nawaitu, Allah akan memakbulkan apa sahaj nawaitu hambanya. Baik nawaitu – dapat pahala. Tak baik nawaitu, walaupun Allah makbulkan- kalau tak baik, sendiri tanggung!


Dengan itu aku mengambil keputusan untuk memasuki sebuah kolej swasta dan mengambil Diploma Grafik Multimedia. Sewaktu kuliah aku telah berkenalan dengan seorang jejaka, kami jatuh cinta dan berkahwin pada semester ke 6 (lawak gile). Akhirnya, sekali lagi usaha untuk melanjutkan pelajaran dengan mendapatkan segulung diploma ni tak kesampaian disebabkan aku telah disahkan mengandung anak pertama kami. Namun, setakat semester 6, CGPA 3.86!, cita-cita ku korbankan. :))


Jadi, bonda merasakan yang sudah tiba masanya aku melupakan sahajalah niat untuk sambung belajar kerana aku tidak serius, duit habis macam tu ajer, dan lagipun aku dah ada anak. Tapi aku pulak bercita-cita yang sebaliknya. Aku juga ingin berjaya dengan segulung ijazah, aku ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi because I believe that there's something in me that I cannot waste the talent. Mana tahu ilmu yang bermanafaat sebagai syafaat di akhirat nanti. 




Kenali Aku 2

Aku bekerja di syarikat milik abang ku selama 4 tahun. Bermula dari bawah sebagai seorang ‘Client Servicing Executive’ dengan bayaran gaji sebanyak RM 1,200. Aku ditempatkan di bawah jagaan seorang client servicing director yang berkelulusan degree dari UiTM dalam jurusan mass comm. Setiap hari adalah pelajaran baru bagi mengumpul sebanyak mungkin pengalaman pengurusan client (pelanggan syarikat). Seperti juga ketika belajar, ketika bekerja juga aku memang serius. Setiap kelemahan yang ada pada diri, aku akui. Setiap kesilapan aku perbaiki. Sehinggakan director tu sungguh gembira dengan semua kerja yang diberikan kepada ku. Ketika aku menulis coretan ini, director yang aku maksudkan kini sedang bertugas sebagai salah seorang orang penting di Petronas. Beliau kini adalah peneraju department mass comm di syarikat minyak itu.




SPPK adalah salah satu client syarikat





Khusyuk betul!


Dalam bahasa pengiklanan ‘client’ itu merujuk kepada pelanggan-pelanggan syarikat yang juga disebut sebagai ‘account’. Istilah ‘account’ dan ‘accounts’ adalah dua istilah berbeza. Jika ‘accounts’ ianya merujuk kepada akaun-akaun kunci kira-kira seseorang kerani perakaunan. Istilah ‘Account’ pula merujuk kepada client atau pelanggan untuk sesebuah syarikat yang menjual perkhidmatan seperti perkhidmatan khidmat nasihat iklan dan pembuatan iklan seperti kami. 



Suasana bekerja di sebuah syarikat pengiklanan sungguh teruja. Jauh dari hanya membaca buku fakta dan case, aku kini terdedah dengan suasana kerja yang lebih interaktif dan berkumpulan. Pada ketika ini lah, aku telah mengasah kemahiran berkomunikasi. Aku dapat berkomunikasi dengan rakan sekerja dan client dari pelbagai peringkat jawatan. Pada mulannya, memanglah gugup. Namun selepas beberapa tahun bercakap, berjumpa atau perlu membuat persembahan grafik kepada mereka, alhamdullilah aku mahir melaksanakannya. 


Meja kerja. 










Wednesday, 5 November 2014

Kenali Aku

Setelah tamat A level Law pada tahun 1998, dengan 2 principle dalam English Law dan Business studies, aku mengorak langkah untuk memasuki ke tahun 1 external program University of London, peringkat ijazah pertama dan jurusan perundangan. Bonda waktu itu amat teruja dengan pencapaian akademik aku. Dia beria-ia menggalakkan aku untuk menjadi seorang peguam di masa hadapan. Namun, bonda tidak dapat menampung yuran pengajian yang agak tinggi. Oleh sebab itu, aku terpaksa mencari pekerjaan sambilan di sebelah petang selepas ke kuliah di sebelah pagi.


Aku begitu minat dengan pengajian ku. Rata-rata pelajar bergelumang dengan nota dan case-case undang-undang reference UK, practically we read English law and constitution. Aku ada ramai kawan jugak. Rata-rata berbangsa india. Mereka ni memang cekap dengan segala prinsip perundangan, statutory dan segala reference dan cases. Mahu tak mahu aku terikut-ikut dengan cara mereka belajar. Time breakfast pun membaca, time tea break pun membaca, berborak tentang cases, time dalam toilet pun discuss jugak. Tak habis-habis. Mungkin sebab waktu tu semua budak-budak lagi... freshiee la katakan. So, pk lain takder.. yang dok fk beli buku, photostate notes.


Sehinggalah pada suatu ketika, focus pada pelajaran telah hilang. Aku sibuk bekerja. Di tambah pula pada waktu itu aku bekerja di syarikat milik abang long (abang sulung ku). Dia baru memulakan perniagaan dalam bidang pengiklanan dan memerlukan pekerja untuk membantunya. Dia mempelawa aku untuk turut membantunya. Aku tertarik dengan pakej gaji yang ditawarkan. Walaupun pada hakikatnya tidak seberapa (pada waktu itu banyak juga lah) jadi aku tidak perlu lagi buat dua tiga kerja unuk bayar yuran.


Lama kelamaan aku ‘tuang’ kelas. Akhirnya aku mengambil keputusan pada tahun 2000 untuk tidak meneruskan pengajian. Walaupun begitu, aku memasang niat dan cita-cita yang suatu hari nanti aku akan dapat menyambungnya kembali dan pada ketika itu aku akan penuh ‘ready’.  Rakan sekelas semua terperanjat dan mereka tidak dapat memujuk ku untuk meneruskan pengajian. Aku sudah membulatkan hati untuk mula bekerja pada usia 21 tahun. 


Bonda tidak pula marah dan tidak juga menggalak aku mula kerja pada umur yang terlalu awal. Sepatutnya aku habiskan dulu pelajaranku. Tetapi aku tidak dapat menumpukan perhatian. Aku bekerja sepenuh tenaga, aku belajar juga memerlukan sepenuh tenaga. Oleh itu, pada waktu itu keputusan yang tidak berapa matang telah aku ambil kerana pada fikiranku aku perluk bekerja agar aku lebih berdikari. 





Monday, 27 October 2014

JENAMA BONDA


Rempah Bonda merupakan jenama produk yang bondaku keluarkan. Ianya adalah ramuan rempah masakan melayu yang diramukan secara tradisional dari bahan rempah yang terpilih. Dari segi latar belakang, bonda tidak pernah bekerja dengan mana-mana kilang rempah sebelum ini. Namun ilmu menghasilkan satu-satu citarasa terhasil dari pengamatan dan minatnya yang mendalam dalm bidang perushaan ini. Buat masa ini, ayahanda lah yang banyak memberi tumpuan masa dan keringatnya, siang malam, tanpa ada rasa jemu dan berputus asa.



Inilah kilang kecil ayahanda bonda yang masih terdapat pada bahagian dalam rumah.


Kilang kecil ini telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu. Tidak banyak pembangunan fizikal yang dapat dilakukan dek kerana kekangan modal dan pada masa yang sama masa terbahagi dua iaitu untuk menjaga bonda yang sakit. Setelah selesai menguruskan bonda, ayahanda akan ke kilang kecil ini sehingga lewat malam untuk menyiapkan tempahan dan stok untuk jualan sebelum hari yang berikutnya.

Rangkaian produk Bonda adalah seperti kacang tumbuk, rempah sup, rempah soto, lemping pisang, lemping kelapa, sambal pecal dan sambal kicap cili padi. Produk yang paling tinggi jualannya pada musim perayaan adalah kacang tumbuk. Pada tempahan raya yang lalu, kilang ini mampu menampung 200 kilo kacang tumbuk pada satu-satu masa. Potensi produk ini ketika bulan puasa dan hari raya tidak dapat dinafikan. Produk lain yang juga mendapat sambutan yang paling laris ialah produk sambal pecal dan rempah sup.



Sebahagian produk keluaran syarikat Rempah Bonda


Secara peribadi, aku sememangnya kagum dengan ilmu keusahawanan yang ada pada kedua-dua ayah bonda. Allah mengurniakan kepada mereka kepandaian meramukan rempah dan menghasilkan base masakan citarasa tersendiri yang sudah ada peminatnya. Kalau ingin dicari buku catatan tentang segala ramuan ini, tidak pernah pula aku terjumpa di mana-mana di dalam rumah bonda.


Buat masa ini, harapan untuk menyambung usaha ini telah menjadi tanggungjawab aku. Abang dan adik, masing-masing telah mewarisi kepakaran bonda dalam bidang yang lain. Mahu tidak mahu, aku perlu menyinsing lengan, merealisasikan impian bonda yang baru sahaja bermula. Ketika menulis blog ini, aku sudah lebih 6 bulan berhenti kerja dan segala masa ku saban hari (selain sibuk dengan anak-anak dan tugasan kuliah) aku akan menjual produk barangan keluaran kami mengikut strategi pemasaran yang telah aku rancangkan. Dari segi pengetahuan meramukan setiap produk, aku baru sahaja dapat mempelajari cara mencampurkan rempah untuk sup, premix lemping pisang dan kelapa. Banyak lagi yang baru dirancang tetapi belum lagi dapat dilaksana.





Saturday, 25 October 2014

Sebuah Hasrat

Masa Berlalu


Masa berlalu begitu pantas. Walaupun ketika dia disahkan oleh doktor yang buah pinggangnya tidak lagi boleh berfungi, bonda, ku lihat seperti mendapat satu sebab baru mengapa dia perlu terus bekerja dan berusaha dengan gigih. Berusaha untuk nampak sihat dan juga berusaha untuk memenuhi perbelanjaan hariannya seperti ubat-ubatan dan sebagainya. She have survived with the sickness for nearly 9 years. Dan begitu jugalah pengorbanan seorang ayahanda yang menjaga dan menemani bonda siang malam, tak mungkin sekali-kali dapat ku balas.



Rumah Bonda. Kini aku sekeluarga mendiami rumah ini menemani ayahanda yang tinggal seorang. 




Di Manakah Aku?


Waktu itu aku bertugas sebagai Pengurus Promosi di ibu pejabat, Tesco Malaysia. Aku bekerja di Kuala Lumpur dan sudah tentu aku dan keluargaku tinggal di ibu kota - rumah pusaka keluarga .

Bekerja di syarikat swasta sememangnya menuntut masa lebih sekiranya ingin berjaya. Kejayaan yang aku maksudkan adalah kejayaan karier. Gaji yang agak lumayan menjadikan aku rela menghambakan diri dan meminggirkan usaha bonda di kampung waktu itu. Walaubagaimanapun aku tidak lupa tanggungjawab wang saku untuk bonda dan ayahanda. Mereka tidak pernah meminta, tetapi sebagai seorang anak yang punya gaji tetap sanggupkah aku melihat mereka perlu lagi bekerja?


Selaku Promotion Manager, tugasku bukan sahaja bergelumang dengan kertas kerja di pejabat malah terpaksa ke setiap store di seluruh Malaysia dalam masa tertentu bagi memastikan setiap promotion yang aku rancang
dilaksana mengikut planning.


Ingatan Buat Diri


Kadang kala, kita sebagai anak selalu berkata yang mereka tidak perlu lagi bekerja dan hanya perlu duduk sahaja. Kata-kata itu tidak tepat. Di usia emas, masa yang terluang selain beribadat, menjaga kesihatan, jika tidak ada apa yang dibuat, mereka akan rasa sunyi. Oleh itu, kerja-kerja seperti perusahaan kecil-kecilan inilah sebagai teman sejati mereka. Hasil duit sawit pula dapat dibelanjakan untuk anak cucu dan tidaklah mereka meminta-minta. Ingat tak sewaktu kita ingin hasrat kita dipenuhi ayah bonda? Apa yang kita mahukan adalah galakan dan doa mereka. Begitu jugalah mereka. Pada tahap mereka di usia emas, selain bantuan yang boleh kita mampu berikan, galakan dan doa. Kata-kata anak-anak adalah hiburan buat mereka.

Bondaku meninggalkan 4 orang anak. Aku adalah yang kedua. Pada hakikatnya, semuanya berjaya di lapangan masing-masing. Namun bukanlah doktor atau ahli falsafah. Dari air tangangnya, ke empat-empat kami telah disemai dari kecil untuk berdikari. Berdikari dari segi menguruskan diri sebelum ke sekolah. Berdikari dari segi pengurusan wang saku. Juga berdikari dari segi ingin berjaya dalam bidang yang diminati. Dan apabila kami dewasa, kami dididik untuk melihat masa depan sebagai seorang usahawanan walaupun pada hakikatnya kami masih lagi tidak mengerti, mengapa perlu menjadi seorang usahawan bila gaji sudah tetap.


Thursday, 23 October 2014

BONDAku

AL-Fatihah


Hari ini semangat untuk menulis sebuah blog khas untuk seorang wanita yang aku sapa bonda, tiba-tiba sahaja datang. Berkecamuk juga CPU di kepalaku apabila cuba meyingkap kembali memori lama bersama bonda tersayang. Namun, sebelum aku terus rancak bercerita tentang bonda, marilah sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat bondaku yang telah kembali kepada yang Maha Pencipta pada 2 Mei 2014 yang lalu. Semoga arwah bonda ditempatkan bersama-sama dengan para solihin dan semoga Allah memberi syurga kepada bonda. Amin.

Aku dan Bonda kali terakhir bergambar bersama.

Bukan Blog Masakan


Blog penceritaan tentang bondaku ini bukanlah blog syarikat dan bukan juga sebuah blog masakan resepi rempah ratus bondaku di dapur. Akan tetapi merupakan penceritaan sebuah perjuangan seorang bonda yang sangat kuat semangat juangnya demi untuk sebuah kehidupan yang diredhai Allah. Sekitar kehidupannya, bonda hanya memikirkan untuk memajukan dirinya sebagai seorang melayu yang bermaruah. Jati dirinya sangat kebal. Idola politiknya ialah seperti Datuk Aisyah Ghani. Biduwanita yang diminati adalah Allahyarham Datuk Syarifah Aini. Jati dirinya seakan jati diri seorang tok guru silat, boleh diumpamakan bonda sekali-kali tidak akan gentar dengan hunusan keris yang ingin menembusi dadanya. Sungguh luar biasa semangatnya.



Asal Bondaku


Bondaku dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Semasa kecil, bonda dan keluarganya telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Bondaku tidaklah berpendidikan tinggi namun dia mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan dan kewartawanan. Dia kemudian berkahwin dengan ayahanda ku yang pada waktu itu bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah firma. Mereka adalah rakan sekerja, jatuh cinta dan kemudian mendirikan rumah tangga.

Sekitar tahun 70an, kehidupan bagi sebuah keluarga melayu masih pada tahap sukar. Kemiskinan masih pada tahap tegar. Peluang pekerjaan tidak banyak. Apatah lagi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Bonda akhirnya berpeluang untuk bekerja sebagai seorang wartawan. Pendapatan tidak lah selumayan sekarang. Berpatutan dengan kos sara hidup pada waktu itu. Di samping bekerja sebagai wartawan, bondaku menulis untuk sebuah surat khabar pelbagai prosa melayu. Dari sajak hinggalah kepada pelbagai kisah hidup masyarakat dalam bentuk cerpen. Pada ketika itu, pembaca akhbar Utusan Melayu yang mana meminati ruangan sastera, cerpen-cerpen masyarakat dari nama pena 'Sri Kandi' sering kali dinanti-nanti.