Saturday, 17 January 2015
Online Business
Menyedari hakikat pada hari ini, pasaran alternatif telah tertumpu dengan banyaknya dalam mencapai pasaran online, BONDA telah melahirkan FB page nya untuk segala update tentang produk dan aktivitinya. Dalam pada masa yang sama, produk BONDA akan dijual di atas talian bagi memberi kemudahan bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke kedai.
Innovasi baru
Innovasi baru produk BONDA akan meliputi produk seperti makanan frozen. Dalam perancangan tahun ini, BONDA akan mengeluarkan frozen kuah kacang dan frozen sambal pecal. Walaupun dua produk ini lebih mudah dijual dalam bentuk kering, namun atas keinginan untuk mempelbagaikan produk khusus untuk pasaran penduduk bandar, aneka barangan frozen akan memberi kemudahan kepada ibu-ibu yang bekerja.
Harga
Harga produk BONDA pada amnya bolehlah dikatakan agak sederhana. Dari segi istilah marketing, this product is purely cater for price sensitive customers. Sebagai contoh produk rempah sup. Dalam pasaran terdapat berbagai jenis produk rempah sup yang mempunyai kurungan harga yang berbeza-beza. Dan ini telah menjadikan produk rempah sup BONDA menjadi pilihan.
Friday, 16 January 2015
Pati ROS
Salam,
Selain dari rempah ratus, jenama BONDA ada juga mengeluarkan pati ros yang sedap rasanya. Ianya adalah ramuan ayahanda yang memang suka minum air sirap. Pada pendapat ayahanda, rasa sirap perlulah lebih, ada bau pandan sikit dan warna yang cantik. Kata ayahanda, sesetenagh pati ros apabila ia telah bercampur dengan air, warnanya akan pudar. Apatah lagi jika pati ros tersebut digunakan untuk membuat air bandung. Jadi lebih banyak pati ros perlu digunakan untuk mendapatkan warna yang cantik, ini tidak ekonomi. Pati Ros keluaran Bonda kini telah memasuki tahun yang 8 dalam pasaran. Dapat banyak respond yang baik dari pengguna. Rata-rata mengatakan bau rosnya yang sedap dan ekonomi.
Untuk pengetahuan umu, pati Ros bukan sahaja untuk kegunaan membuat air, tetapi juga boleh digunakan untuk masakan lain yang ingin menggunakan pewarna merah. Dari anda di luar sana menggunakan pewarna merah, adakah baiknya bertukar kepada pati Ros. Ianyanya lebih jimat, selamat dari sebarang bahan pewarna dan pengawet dan akhirnya mengjadikan hidangan lebih sedap- insyaAllah.

Mimpi
Salam semua,
Teringin nak luahkan satu mimpi yang aku alami semalam. Rasanya sebelum tidur dah baca segala doa yang dihafal. Tapi entahlah, tertidur pukul 4 pagi lepas tak tertanggung lagi ngantuk. Allah punya kuasa. Dia yang ingin datangkan mimpi tersebut. Anyway, mimpi itu berkenaan dengan satu situasi kelam kabut akibat satu bencana melanda KL. Sewaktu dalam mimpi entah macam mana aku bersama-sama dengan 2 rakan karib ku iaitu Lily dan Suzela. Kami berada dalam sebuah rumah town house di tengah-tengah KL.
Hujan sangat lebat dan tiba-tiba seluruh kawasan tersebut terputus bekalan elektrik. Semua yang ada panik. Lampu suluh tak ada yang ada lampu phone. Semua berjalan mundar mandir dalam gelap seperti mencari sesuatu. Aku plak berada dalam town house tu. Waktu tu rakan karib aku tak ada di rumah. Tak tahu. Pas tu, entah dari mana datang pulak rasa bangunan tersebut digegar sekuat-kuatnya. Gegaran pertama tersebut dah menjadikan semua isi rumah tunggang langgang. Segala almari, tilam, dapur, meja tercampak sana sini. Setakat sampai sini, aku masih memegang watak utama dalam mimpi aku ni. Dalam keadaan panik, nasib baik aku tak terhempap dengan sebuah tilam besar. Aku berjaya lari keluar rumah ikut tangga belakang. Waktu tu aku fikir nak balik tengok anak-anak, apa dah jadi ni?!
Aku lihat semua orang berpusu-pusu ke satu arah macam jalan nak menghala ke federal hi way. Tapi langit masyaAllah gelap kat area PJ. Aku rase macam tak sempat balik ni. So aku pun berpatah balik. Tapi aku melawan arus manusia. Rase sempat ni. Aku teringat kat rakan karib entah diorang dah ada kat rumah kot. Sampai kat rumah tengok diaorang duk tanya... itu ini. Aku tak ingat aku cakap apa. So dalam pada tu.. aku bersiap macam betul2 pack barang nak bawak. Tiba-tiba gegaran kedua datang dan mengegarkan town house kami. Aku dan Lily kami berlindung di bawah selimut (tu agak kelakar) bagi mengelakkan kene hempap dengan benda berat atau bumbung. Tak terfk masa tu nak lari mana.. tak sempat apa.
Bila keadaan tenang.. aku dengar riuh kat luar. Kiteorang gi jenguk, tenguk lautan manusia sahaja di federal hiway tu. Kete takder... semua menghala ke arah langit mendung hitam, hujan lebat betul area PJ ni aku cakap sendiri. Hati aku berbelah bahagi nak pergi ke tak nak.. sbb dlm fikiran aku ni... aku ada exam minggu ni macam mana??? so, rakan karib aku kata... tak kan kau nak tinggal kat sini dah tak selamat. Aku pun akhirnya akur dengan rakan aku tu dan terus kiteorang bergerak keluar. Tapi malangnya... seluruh federal digenangi air yang sungguh dasyat dan ramai orang lari menyelamatkn diri. Dalam terpinga-pinga tu phone aku bunyi azan... dan subuh. Aku terjaga dan rasa seperti dah tidur lama. Astagfirullah...

Pesaing
Semalam sewaktu sedang mencari resepi baru di internet, tiba-tiba terserempak dengan sebuah blog yang mengeluarkan rangkaian produk yang hamper sama dengan sebuah jenama yang klasik. Jenama tersebut trut mengeluarkan rempah masakan, rempah premixed untuk masakan nasi arab dan sebagainya. Ada juga produk kering seperti kerepek dan makanan sejuk-beku.
Aktiviti di page FB juga Nampak aktif dengan pelbagai update tentang produk dsbgnya. Jika sebelum ni selalu melihat Karimas, Adabi dan jenama Pantai. Kali ini terlihat jenama yang very medium stream tetapi sudah banyak produk, aktif dan mempunyai khalayak yang tersendiri. Insyaallah, aku akan jadikan jenama ni mentor. Namun dalam pada masa yang sama aku sedang merancang sesuatu untuk perushaan ini. InsyaAllah aku akan kongsikan dalam masa yang terdekat ni nanti.

Teknologi Pembungkusan
Dalam sektor perusahaan makanan, pelbagai teknologi pembuatan telah dibuat kajian di MARDI. Seminggu lepas, aku sempat lagi berkunjung ke sana dan berjumpa dengan seorang pegawai petugas untuk bertanyakan tentang teknologi pembungkusa. Walaupun sebelum ini telah berkunjung ke sana untuk tujuan yang sama, kali ini pula untuk mendapatkan maklumat perlaksanaa yang lebih terperinci.
Pegawai Mardi di unit Teknologi Pembungkusan ialah En. Ariff Wahid. En Ariff merupakan seseorang yang sangat ramah dan baik hati. Beliau tanpa segan silu memberi khidmat nasihat secara telus dan ikhlas. Pada pertemuan tersebut, saya ada bertanya tentang pembungkusan rempah sup yang saya ingin perbaharui. Walau bagaimanapun, terdapat kesalahan dalam etika penglag pengedar

![]() |
| Contoh plastik membungkus rempah sup. |
Saturday, 10 January 2015
Sistem Bar Code
Pada dasarnya aku tidak berapa faham tentang sistem bar code dan mengapakah sesuatu produk memerlukan bar code dan apakah peranan badan agen kerajaan seperti Federation of Malaysia Manufacturers (FMM).
Setelah membuat beberapa bacaan mengenari bar code, apa yang aku dapat simpulkan; bar code merupakan satu sistem agar apa sahaja maklumat tentang sesuatu barang/ produk dapat disimpan di dalamnya. Maklumat ini pula dapat direkod dan diimbas semula menggunakan peranti yang sesuai. Terdapat 2 cara untuk melaksanakan sistem bar code.
Cara pertama.
Bagi pengeluar kecil-kecilan (seperti aku), mereka tidak perlu berhabis duit untuk mewujudkan prasarana yang selengkapnya kerana bagi pengeluar kecil-kecilan mereka hanya perlukan bar code untuk menyimpan rekod stok. Melalui rekod stok ini, perushaaan seperti aku dapatlah mengetahui produk yang mana di dalam yang menghasilkan pulangan yang lebih besar berbanding yang lain. Dari sinilah pelbagai analisis tentang perniagaan itu dapat digarab bagi perancangan masa hadapan.
Cara Kedua
Kebanyakan kedai jualan kini sudah pun menggunakan teknologi bar code di kedai mereka. Seperti juga tujuan yang sama (iaitu minyimpan rekod perniagaan). Dahulu pengusaha kecil-kecilan sering berdepan dengan masalah untuk membuat bar code. Sekiranya barang yang ingin dijual di sesebuah kedai tidak berbar code maka barang tersebut tidak dapat dijual. Situasi kedua ini ialah di mana pihak pekedai dengan murah hati akan membuatkan bar code untuk produk aku di kedainya. Tetapi produk bar code ini tidak boleh digunakan di kedai lain kerana ianya adalah hak ekslusif pekedai yang pertama. Lain kedai, lain bar code yang akan mereka buatkan untuk aku.

Friday, 9 January 2015
PERNIGAAN AZLINA AHMAD
Secara rasminya hak milik BONDA foods telah didaftarkan di bawah nama perniagaan 'PERNIAGAAN AZLINA AHMAD'. Terdahulu nama BONDA adalah di bawah perniagaan lain iaitu yang dimiliki oleh adikku. Memandangkan kepercayaan untuk memajukan perusahaan ini telah dipindah hak miliknya keseluruhannya kepadaku, dengan itu segala perancangan, untung, rugi adalah tanggungjawab dan kesungguhan dari diriku sendiri.
Ayahanda masih pemilik perusahaan dengan segala wang masuk dan keputusan tertinggi masih lagi menjadi hak miliknya. Aku sebagai pewaris dan penjaga akan mewarisi segala prihal perusahaan ini dan seterusnya.
Cabaran getir sebenarnya, terasa diri ni masih terlalu kerdil dan tidak cukup ilmu untuk memulakannya. Dan dalam masa yang sama tidak tahu yang manakah sepatutmya dimulakan terlebih dahulu memandangkan terlalu banyak cabang yang perlu dipelajari dan dikuasai dengan cepat. Dengan itu aku mulakan dengan pelan perniagaan dan dari situ nanti aku harap dapat mengenal pasti apakah perkara pokok yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Produk baru
Rempah Bonda telah bertahan selama 10 tahun dengan memasarkan produk yang sama saban tahun. Pembaharuan inovasi produk tidak lagi rancak apatahlagi setelah arwah Bonda tiada. Jika tidak, bonda lah yang banyak memberi idea dan inovasi makanan yang patut dikeluarkan segera oleh syarikat. Aku sememangnya kagum dengan kebijaksanaan bonda. Bukan sahaja idea omongan kosong, dia dapat pula merealisasikannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Demi menjamin kepelbagaian produk Bonda dipasaran, keluaran terbaru rempah Bonda adalah dari rangkaian sos dan rempah sup istimewa. Pada masa yang sama. aku merancang untuk mewujudkan rangkaian barangan 'frozen' sesuai dengan keperluan pembeli yang mahukan sesuatu yang segera, cepat dan enak seperti masakan ibunya.
4 produk ini masih dalam peringkat kajian dan dijangka rangkaian frozen akan mula dipasarkan bermula bulan rejab tahun ini. Ini bagi merebut pasaran bulan puasa dan perayaan aidil-fitri. Semoga perancangan ini akan dapat direalisasi dan usaha ini akan berhasil.
Agen pengedar
Entry kali ini aku ingin bercerita tentang cabaran untuk meluaskan perniagaan ke kawasan yang berada luar dari lembah Klang. Ada beberapa faktor dan alternatif yang mungkin aku boleh guna pakai. Dalam industri pengeluaran, sesebuah pengeluaran tidak akan lari dari merancang pelan pengedaran. Siapa yang layak mengedar, apakah terma an syarat untuk pengedaran, harga yang patut ditawarkan dan apakah pelan promosi jangka pendek dan jangka panjang agar pengedar sentiasa bermotivasi untuk terus mengedar sesuatu barang.
Dalam cabaran kali ini, aku telah pun bertanyakan hal tersebut kepada ayahanda memandangkan ini adalah bidangnya sejak dari dulu lagi. Menurut ayahanda, terdapat beberapa cara kita dapat mengedarkannya. Dan dalam semua cara ialah dengan meletakkan perkara utama iaitu barang dapat dijual secara tunai dan kos penghantaran dapat ditanggung oleh agen itu sendiri. Melihat kepada model pengedaran yang ayahanda cadangkan, ianya tidak akan dapat membantu peniaga yang baru sahaja ingin berkecimpung dalam bidang pengedaran, ini kerana mereka mempunyai modal terhad untuk membeli stok dan terpaksa pula menanggung pemberian kredit kepada pekedai.
Melihat kepada cara peroduk lain mengembangkan perniagaan dengan cara yang diberitahu ayahanda, aku tidak banyak membantah dan hanya menurutinya sahaja. Insyaallah dalam pada masa yang sama aku akan mengkaji cara yang bagaimana dapat mengembangkan pengedaran dengan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Label Baru
Baru-baru ni aku telah membuat satu perancangan untuk memperbaharui label rempah sup. Dari segi inovasinya, rekaan label baru akan mengambil kira trend pasaran dan bagaimana syarikat lain memaparkan label mereka pada produk barangan masing-masing. Rempah sup sebagai contoh, kebanyakkan label telah menggunakan cara 'print direct on plastic'. Ini bermakna, label barangan tidak lagi menggunakan cara konvensional iaitu label kertas. Selain cara ini menjamin kos efektif sesuatu pengeluaran ianya juga menjanjikan sesuatu produk itu bersih dan tidak teredah kepada bakteria yang boleh merosakkan mutu produk tersebut.
![]() |
| Ini aalah contoh 'print direct on plastic' |
Thursday, 8 January 2015
Modal
Dari mana nak dapat modal lebih untuk mengerakkan perancangan perniagaan? Aku kalau boleh tak nak meminjam atau buat apa-apa cagaran untuk mendapatkan modal baru. Tapi baru-baru ni di kelas marketing, aku ada belajar sesuatu yang baru dan realize mungkin strategi tersebut aku dapat kaji dan cuba laksanakannya dalam perniagaan ini.
Perkara baru yang aku pelajari itu ialah tentang strategi perancangan sesebuah SBU. SBU ni stands for strategic business unit. Ok aku tak akan peningkan kepala korang mendefinasikan apa itu SBU (biarlah aku sorang jer yang tahu aper maknanya). Tapi briefly, SBU ni macam unit produk la. Katakanlah syarikat aku ni ada 8 produk , maka ada 8 SBU. Setiap SBU ada bajet promosi, pengeluaran mereka sendiri. Tak leh campur aduk gitu. Dari situ barulah kita akan dapat nilai 'market growth' sesuatu produk tu. Tak lah main buat jer...

FEP- UKM
![]() |
| Kawan-kawan yang sama-sama bergraduasi pada majlis konvoksyen UMCCES kali ke28 |
FEP stands for Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Seperti aku telah katakan, semangat nak gengam segulung ijazah tak akan pernah padam. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat eksekutif diploma di UMCCED dahulu aku kini mengorak langkah seterusnya ke UKM. Perjuangan di sini sukar kerana mata pelajaran yang lebih mencabar dan struktur kuliah yang jauh berbeza. Namun, aku percaya 'jika ada usaha, di situ ada kejayaan'. Pahit macam mana pun ketika ini (kalau aku nak cerita lah) Allah sahaja yang tahu. Tapi aku tak nak lah jadikan semua ini alasan, sebabnya, kalau aku sibuk orang lain juga sibuk. Kalau aku ada rumah tangga nak diuruskan, orang lain juga ada keluarga dan tanggungjawab lain yang juga perlu dilaksanakan - pun kena buat assignment jugak, kena buat itu ini. So, I just tell myself JUST FOCUS & DO IT!.
![]() |
| Eksekutif Diploma - 'Pass with Distinction' |
Subscribe to:
Comments (Atom)