Salam semua,
Teringin nak luahkan satu mimpi yang aku alami semalam. Rasanya sebelum tidur dah baca segala doa yang dihafal. Tapi entahlah, tertidur pukul 4 pagi lepas tak tertanggung lagi ngantuk. Allah punya kuasa. Dia yang ingin datangkan mimpi tersebut. Anyway, mimpi itu berkenaan dengan satu situasi kelam kabut akibat satu bencana melanda KL. Sewaktu dalam mimpi entah macam mana aku bersama-sama dengan 2 rakan karib ku iaitu Lily dan Suzela. Kami berada dalam sebuah rumah town house di tengah-tengah KL.
Hujan sangat lebat dan tiba-tiba seluruh kawasan tersebut terputus bekalan elektrik. Semua yang ada panik. Lampu suluh tak ada yang ada lampu phone. Semua berjalan mundar mandir dalam gelap seperti mencari sesuatu. Aku plak berada dalam town house tu. Waktu tu rakan karib aku tak ada di rumah. Tak tahu. Pas tu, entah dari mana datang pulak rasa bangunan tersebut digegar sekuat-kuatnya. Gegaran pertama tersebut dah menjadikan semua isi rumah tunggang langgang. Segala almari, tilam, dapur, meja tercampak sana sini. Setakat sampai sini, aku masih memegang watak utama dalam mimpi aku ni. Dalam keadaan panik, nasib baik aku tak terhempap dengan sebuah tilam besar. Aku berjaya lari keluar rumah ikut tangga belakang. Waktu tu aku fikir nak balik tengok anak-anak, apa dah jadi ni?!
Aku lihat semua orang berpusu-pusu ke satu arah macam jalan nak menghala ke federal hi way. Tapi langit masyaAllah gelap kat area PJ. Aku rase macam tak sempat balik ni. So aku pun berpatah balik. Tapi aku melawan arus manusia. Rase sempat ni. Aku teringat kat rakan karib entah diorang dah ada kat rumah kot. Sampai kat rumah tengok diaorang duk tanya... itu ini. Aku tak ingat aku cakap apa. So dalam pada tu.. aku bersiap macam betul2 pack barang nak bawak. Tiba-tiba gegaran kedua datang dan mengegarkan town house kami. Aku dan Lily kami berlindung di bawah selimut (tu agak kelakar) bagi mengelakkan kene hempap dengan benda berat atau bumbung. Tak terfk masa tu nak lari mana.. tak sempat apa.
Bila keadaan tenang.. aku dengar riuh kat luar. Kiteorang gi jenguk, tenguk lautan manusia sahaja di federal hiway tu. Kete takder... semua menghala ke arah langit mendung hitam, hujan lebat betul area PJ ni aku cakap sendiri. Hati aku berbelah bahagi nak pergi ke tak nak.. sbb dlm fikiran aku ni... aku ada exam minggu ni macam mana??? so, rakan karib aku kata... tak kan kau nak tinggal kat sini dah tak selamat. Aku pun akhirnya akur dengan rakan aku tu dan terus kiteorang bergerak keluar. Tapi malangnya... seluruh federal digenangi air yang sungguh dasyat dan ramai orang lari menyelamatkn diri. Dalam terpinga-pinga tu phone aku bunyi azan... dan subuh. Aku terjaga dan rasa seperti dah tidur lama. Astagfirullah...
No comments:
Post a Comment