Salam,
Selain dari rempah ratus, jenama BONDA ada juga mengeluarkan pati ros yang sedap rasanya. Ianya adalah ramuan ayahanda yang memang suka minum air sirap. Pada pendapat ayahanda, rasa sirap perlulah lebih, ada bau pandan sikit dan warna yang cantik. Kata ayahanda, sesetenagh pati ros apabila ia telah bercampur dengan air, warnanya akan pudar. Apatah lagi jika pati ros tersebut digunakan untuk membuat air bandung. Jadi lebih banyak pati ros perlu digunakan untuk mendapatkan warna yang cantik, ini tidak ekonomi. Pati Ros keluaran Bonda kini telah memasuki tahun yang 8 dalam pasaran. Dapat banyak respond yang baik dari pengguna. Rata-rata mengatakan bau rosnya yang sedap dan ekonomi.
Untuk pengetahuan umu, pati Ros bukan sahaja untuk kegunaan membuat air, tetapi juga boleh digunakan untuk masakan lain yang ingin menggunakan pewarna merah. Dari anda di luar sana menggunakan pewarna merah, adakah baiknya bertukar kepada pati Ros. Ianyanya lebih jimat, selamat dari sebarang bahan pewarna dan pengawet dan akhirnya mengjadikan hidangan lebih sedap- insyaAllah.
No comments:
Post a Comment