Thursday, 8 January 2015

FEP- UKM

Kawan-kawan yang sama-sama bergraduasi pada majlis konvoksyen UMCCES kali ke28


Setelah tamat pengajian di UMCCED dan sengan restu suami, aku akhirnya mendapat kebenaran untuk menyambung lagi pelajaran ke peringkat ijazah. Bila aku tanye kenapa dia benarkan.. Suami berkata dia melihat kesungguhan dan rekod belajar yang baik. Jadi kebenaran yang diberi haruslah diambil dengan baik, dan peluang ini perlu digunakan dengan sebaiknya. Akhirnya, panggilan ke UKM telah datang dan aku telah berjaya untuk mengikuti pengajian seterusnya.


FEP stands for Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Seperti aku telah katakan, semangat nak gengam segulung ijazah tak akan pernah padam. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat eksekutif diploma di UMCCED dahulu aku kini mengorak langkah seterusnya ke UKM. Perjuangan di sini sukar kerana mata pelajaran yang lebih mencabar dan struktur kuliah yang jauh berbeza. Namun, aku percaya 'jika ada usaha, di situ ada kejayaan'. Pahit macam mana pun ketika ini (kalau aku nak cerita lah) Allah sahaja yang tahu. Tapi aku tak nak lah jadikan semua ini alasan, sebabnya, kalau aku sibuk orang lain juga sibuk. Kalau aku ada rumah tangga nak diuruskan, orang lain juga ada keluarga dan tanggungjawab lain yang juga perlu dilaksanakan - pun kena buat assignment jugak, kena buat itu ini. So, I just tell myself JUST FOCUS & DO IT!.

Eksekutif Diploma - 'Pass with Distinction'

No comments:

Post a Comment