Saturday, 10 January 2015

Sistem Bar Code

Pada dasarnya aku tidak berapa faham tentang sistem bar code dan mengapakah sesuatu produk memerlukan bar code dan apakah peranan badan agen kerajaan seperti Federation of Malaysia Manufacturers (FMM).

Setelah membuat beberapa bacaan mengenari bar code, apa yang aku dapat simpulkan;  bar code merupakan satu sistem agar apa sahaja maklumat tentang sesuatu barang/ produk dapat disimpan di dalamnya.  Maklumat ini pula dapat direkod dan diimbas semula menggunakan peranti yang sesuai. Terdapat 2 cara untuk melaksanakan sistem bar code.

Cara pertama.

Bagi pengeluar kecil-kecilan (seperti aku), mereka tidak perlu berhabis duit untuk mewujudkan prasarana yang selengkapnya kerana bagi pengeluar kecil-kecilan mereka hanya perlukan bar code untuk menyimpan rekod stok. Melalui rekod stok ini, perushaaan seperti aku dapatlah mengetahui produk yang mana di dalam yang menghasilkan pulangan yang lebih besar berbanding yang lain. Dari sinilah pelbagai analisis tentang perniagaan itu dapat digarab bagi perancangan masa hadapan.

Cara Kedua

Kebanyakan kedai jualan kini sudah pun menggunakan teknologi bar code di kedai mereka. Seperti juga tujuan yang sama (iaitu minyimpan rekod perniagaan). Dahulu pengusaha kecil-kecilan sering berdepan dengan masalah untuk membuat bar code. Sekiranya barang yang ingin dijual di sesebuah kedai tidak berbar code maka barang tersebut tidak dapat dijual. Situasi kedua ini ialah di mana pihak pekedai dengan murah hati akan membuatkan bar code untuk produk aku di kedainya. Tetapi produk bar code ini tidak boleh digunakan di kedai lain kerana ianya adalah hak ekslusif pekedai yang pertama. Lain kedai, lain bar code yang akan mereka buatkan untuk aku.


\
Sistem Bar Code yang sering dilihat 














No comments:

Post a Comment