Friday, 9 January 2015

Produk baru

Rempah Bonda telah bertahan selama 10 tahun dengan memasarkan produk yang sama saban tahun. Pembaharuan inovasi produk tidak lagi rancak apatahlagi setelah arwah Bonda tiada. Jika tidak, bonda lah yang banyak memberi idea dan inovasi makanan yang patut dikeluarkan segera oleh syarikat. Aku sememangnya kagum dengan kebijaksanaan bonda. Bukan sahaja idea omongan kosong, dia dapat pula merealisasikannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. 

Demi menjamin kepelbagaian produk Bonda dipasaran, keluaran terbaru rempah Bonda adalah dari rangkaian sos dan rempah sup istimewa. Pada masa yang sama. aku merancang untuk mewujudkan rangkaian barangan 'frozen' sesuai dengan keperluan pembeli yang mahukan sesuatu yang segera, cepat dan enak seperti masakan ibunya. 

4 produk ini masih dalam peringkat kajian dan dijangka rangkaian frozen akan mula dipasarkan bermula bulan rejab tahun ini. Ini bagi merebut pasaran bulan puasa dan perayaan aidil-fitri. Semoga perancangan ini akan dapat direalisasi dan usaha ini akan berhasil. 

No comments:

Post a Comment