Secara rasminya hak milik BONDA foods telah didaftarkan di bawah nama perniagaan 'PERNIAGAAN AZLINA AHMAD'. Terdahulu nama BONDA adalah di bawah perniagaan lain iaitu yang dimiliki oleh adikku. Memandangkan kepercayaan untuk memajukan perusahaan ini telah dipindah hak miliknya keseluruhannya kepadaku, dengan itu segala perancangan, untung, rugi adalah tanggungjawab dan kesungguhan dari diriku sendiri.
Ayahanda masih pemilik perusahaan dengan segala wang masuk dan keputusan tertinggi masih lagi menjadi hak miliknya. Aku sebagai pewaris dan penjaga akan mewarisi segala prihal perusahaan ini dan seterusnya.
Cabaran getir sebenarnya, terasa diri ni masih terlalu kerdil dan tidak cukup ilmu untuk memulakannya. Dan dalam masa yang sama tidak tahu yang manakah sepatutmya dimulakan terlebih dahulu memandangkan terlalu banyak cabang yang perlu dipelajari dan dikuasai dengan cepat. Dengan itu aku mulakan dengan pelan perniagaan dan dari situ nanti aku harap dapat mengenal pasti apakah perkara pokok yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment