Entry kali ini aku ingin bercerita tentang cabaran untuk meluaskan perniagaan ke kawasan yang berada luar dari lembah Klang. Ada beberapa faktor dan alternatif yang mungkin aku boleh guna pakai. Dalam industri pengeluaran, sesebuah pengeluaran tidak akan lari dari merancang pelan pengedaran. Siapa yang layak mengedar, apakah terma an syarat untuk pengedaran, harga yang patut ditawarkan dan apakah pelan promosi jangka pendek dan jangka panjang agar pengedar sentiasa bermotivasi untuk terus mengedar sesuatu barang.
Dalam cabaran kali ini, aku telah pun bertanyakan hal tersebut kepada ayahanda memandangkan ini adalah bidangnya sejak dari dulu lagi. Menurut ayahanda, terdapat beberapa cara kita dapat mengedarkannya. Dan dalam semua cara ialah dengan meletakkan perkara utama iaitu barang dapat dijual secara tunai dan kos penghantaran dapat ditanggung oleh agen itu sendiri. Melihat kepada model pengedaran yang ayahanda cadangkan, ianya tidak akan dapat membantu peniaga yang baru sahaja ingin berkecimpung dalam bidang pengedaran, ini kerana mereka mempunyai modal terhad untuk membeli stok dan terpaksa pula menanggung pemberian kredit kepada pekedai.
Melihat kepada cara peroduk lain mengembangkan perniagaan dengan cara yang diberitahu ayahanda, aku tidak banyak membantah dan hanya menurutinya sahaja. Insyaallah dalam pada masa yang sama aku akan mengkaji cara yang bagaimana dapat mengembangkan pengedaran dengan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.
No comments:
Post a Comment